::. Menyepi Seketika .::

Uwwwaaaaaaa!! tekanan akhir bln dah datang!! biler ujung bulan jer, baik mama @ papa akan bz ngan closing..papa lebih dlm plant/ site & mama utk part documentation..balik keja pun malam sokmo..huhu! tapi xpe, amanah rite?? lgpun utk majlis thn depan mesti nk guna byk duit kan? :)


 


Tempoh ari, mama ader order puncher utk D.I.Y kami punyer tQ tag / sticker..mama order ikut internet jer (sumer di hujung jari..) memang service yg bagus..dlm masa  2, 3 ari jer mama dah dapat barang tuh..cute kan benda 'cinonet' nie..haha! so, pasni mama dah ader mende yg mama kena slow2 kena wat..xkan sumer nak start nak cari & buat..klu duk umah jer, maybe bleh kot..so, nanti mama akn upload sikit2 pasal D.I.Y utk tQ tag mama utk doorgift time nikah ngan time majlis sanding nanti..


# mekasih pa sbb belikan mama puncher! mama tlg order tp papa tlg byr..sweetkan? hehe!

::. Tips Perkahwinan UAI .::

Hye sumer blogger..tetiba cam rajin lah kan mama nie sehari dua nie melayan blog..bukan aper, nak cari serba sikit info utk majlis kami nanti..sambil2 layan bosan mama tahap mankibon..haha! sbb kena tinggal di buah ati yg balik ke kampung nyer..huk! huk!
Tengah2 duk blogwalking kat blog sape ntah (nyanyuk dah nie..aiisshh!!), mama jumpa ngan simple punyer TIP pasal perkahwinan dr ustaz paling sempoi..sape lg klu bukan UAI..meh kita kongsi2 ;)

1. Ketika Mencari Calon
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita. 

2. Ketika Melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis. 

3. Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah. 

4. Ketika Resepsi Perkahwinan
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka. 

5. Ketika Malam Pertama
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat. 

6. Selama Menempuh Hidup Berkeluarga
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri. 

7. Ketika RumahTangga Goyang
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. Ketika Belum Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100% 

9. Ketika Telah Memiliki Anak
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%. 

10. Ketika Ekonomi Keluarga Merudum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 

11 .Ketika Ekonomi Berkembang
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita. 

12. Ketika Anda Adalah Suami
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda. 

13. Ketika Anda Adalah Isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

# papa! dun forget baca jgk tau..moga kita dapat manfaat dr tips UAI nie..amin ~~

::. Salam MaaL Hijrah .::

search pic dr Incik Google

Bulan pertama dlm kalendar Islam ialah bulan Muharram..manakala hari pertama utk thn baru dlm bulan Islam nie ialah 1 Muharram dan juga dipanggil awal Muharram..so, aper citer yg kita tau di sebalik bulan Muharram nie? ini sekadar mama kongsi tentang aper yg mama tau :) 

Permulaan kiraan kalendar Islam ialah pd thn berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekah ke Madinah..jadi thn berlaku peristiwa hijrah ini dipanggil sbg tahun pertama dlm kalendar Islam..jika utk thn lepas, 1433 Hijrah, mungkin sebahagian kita berazam untuk baiki diri sendiri agar menjadi lebih baik, thn nie apa pula yer? tepuk dada tanya selera msg2 yer :)

Pape pun sempena kedatangan hijrah bg tahun nie, kami (papa & mama) mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434..moga pd thn nie kita mendapat kurniaan rahmat & nikmat yg berpanjangan daripada-Nya..baik di dunia hingga ke akhirat..moga kita semua kekal dlm petunjuk & hidayah-Nya, sentiasa di dlm keredhaan-Nya, dikuatkan iman msg2, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, diwaraskan akal fikiran & kekal dlm peliharaan Allah SWT..

# papa..moga yg terbaik utk hubungan kita nie..amin ~~

::. Kena Tinggal Lagi .::

Addooooiii! kena tinggal lagi mama minggu nie..papa pulang ke kampung nyer (sebelah utara) utk urusan "kami"..seminggu papa amik cuti & seminggu jgk mama kat opis takde teman utk makan, utk bincang pasal keja..tapi memikirkan utk majlis kami thn depan, mama tak kisah *sedih dlm hati jer..huk!huk!

Pic nie search kat Incik Google

Alhamdulillah, utk tarikh majlis thn depan baik utk nikah mau pun sanding dah ader..syukur sgt2 sbb sumer tuh dipermudahkan..camne yg mama bincang ngan papa, camtu jgk yg papa cakap kat family nyer..syukur skali lg..so skang mama tunggu utk family papa dtg bulan depan (december 2012) utk berbincang dgn org tua mama..kira merisik ngan meminang skali lah..hurrmmm..mama cuma mampu utk senyum jer sebab hubungan kami direstui oleh family :)

Jadi skang kami bleh teruskan "agenda" kami yg seterus nyer utk majlis kami nie..ader masa lg dlm 6 bulan..aaaiisshhh!! takuttt! so kami harap aper yg di planning akan menjadi tanpa masalah..amin~~

# pa!! mama tak nangis cam pic kat atas tuh tau! :)

::. Favourite Number .::

 
Haaaaaaa..!! Jom sumer, meh kita tgk sape yg kena..tapi kena aper eyh?? tuh cuba tgk pic tuh..my peberet number..hik! hik! klu sumer nak tau, itu tahun mama dilahirkan..jadi msg² bleh kira lh kan umur mama skang..guddd!! :) kena jadi matang! 
 
 
Kebetulan masa mama tgk follower mama nie, kena pulak ngan nombor peberet mama..kredit kat si pemilik blog http://hairrysadali.blogspot.com/ sbb kena kat nombor chantek a.k.a peberet nombor nie...errmmmm, cantik ke?? a'ah cantik lah sangat..haha! tenkiu² so much dik sbb sudi follow blog mama & already follow ur blog  ;)
 
# pa, kira mama muda lg kan pd pa :p
 

::. Kisah 3 - Bincang Tarikh Majlis .::


❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀
 Save The Date
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀


Ermmmm..dah abis sumer kalendar kami belek..tgk cuti umum..tgk cuti skolah..tilik bulan tuh sesuai @ tak..yer lah kan, kita sekadar merancang..selebih nyer, kita serahkan pada-Nya..kebetulan pulak kami nnie keja satu tempat, satu department..so kena set tarikh btul2 utk cuti panjang nanti..huuurraayy! *elok lh tuh!


Jangan luper 8 June 2013 tau! ;)

Pas siap bincang sesama family, kami setuju utk langsungkan majlis pd 8 June 2013 (cepat! save the date..haha!) memandangkan time tuh cuti sekolah pun dah nak abis, harap jiran2 ader yg bleh datang tlg..lgpun ma abah dah setuju utk masak sendiri..no need catering2 ok! :)

Till today, kami ader lg 7 bulan 4 hari utk sampai hari bahagia kami..Insyaallah..aper?? rasa berdebar?? 

"mau kasi tau lu olang r, ini jantung sudah hampir jatuh wooo! takuuuttttt!" 

# papa?? sure rilek & steady jer kan =)

::. Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas .::


Hye..kami ader join satu segmen kat blog yg dikendalikan oleh saudara Shawal nie..sesuai utk kami yg baru blaja pasal blog nie :)




Jumlah follower Tentang Kita : 56  


Meh pakat join segmen nie sampai puas! 

Tarikh tutup tak buka2 : 30 November 2012 

::. Kisah 2 - Tempat Untuk Majlis .::


❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀
 Tempat Nikah & Sanding
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀

Assalamualaikum & selamat pagi..awal nyer mama ber'blog'? hehe!! bangun agak awal sebab tak leh nak tido lena..semalam duk tunggu sms dari papa yang keluar utk 'hobi' dia..aper kah itu? hhuurrmmm..nanti kita minta tuan empunya badan citer sendiri..bleh kan pa? 


Balik pada tajuk yg mama nak story serba sikit nie, pasal pemilihan tempat nikah & sanding..kami berdua & family dah berbincang utk wat majlis akad nikah di masjid (lebih keberkatan) dan majlis sanding kami lg prefer utk wat kat my home sweet home (lg feeL majlis tuh terasa..kan?) lgpun ma abah sanggup utk masak sendiri time majlis puteri sulung dia yg satu nie..hehe!


Cuma mama risau, klu masa nikah tuh, mama tgh "datang bulan" (biasalah kan, hal normal utk kami yg bergelar kaum Hawa nie), kompem mama tak leh masuk dalam masjid..(klik sini utk sekadar tambah pengetahuan) jd cam 'kurang' lah sikit feeL tuh..biler camni terpikir nak wat kat umah jer..haddooii! camno nie


# pa..kena wat plan A ngan plan B nie ;)

::. 13 Cara Untuk Kekalkan Hubungan .::

Rasa ari nie cam nak kongsi artikel yg mama baca dr 1 blog nie..juz sajer² tambah input utk improve our relationship..nak idup bersama nie bukan senang..klu tak gaduh, merajuk tuh mmg tak sah..kan pa? tapi itu sumer pengikat dlm hubungan..utk lebih kenali antara kami..jom kita tilik aper yg mama ambil dr website nie..aper pun mama kasi credit to NakBebeL atas artikel ini :)


1. Sentiasa sayang menyayangi
Memang satu fitrah manusia perlukan kasih sayang dalam kehidupan. Kalau tak ada kesayangan pun, cukuplah yang satu orang tuh tahu yang ada orang masih ambil kisah dengan kita atau senang kata benda yang bagi kita tak bermakna sebenarnya mampu memberi motivasi untuk pasangan kita tu. Percayalah dia sangat memerlukannya


2. Jangan tipu
Siapa yang suka di tipu? Kalau kita dalam hubungan yang baik, tiba-tiba hubungan tu hanyalah palsu. Pastinya terasa seperti buang masa mencipta satu hubungan yang angan-angan taik kambing. Jadi pastikan dalam hubungan jangan cipta satu pembohongan. Sekali kita mencipta satu pembohongan percayalah akan muncul tipu-tipu yang lain.


3. Sentiasa timbulkan suasana yang menarik ataupun sentiasa berkomunikasi
Dalam kelas bila sunyi apa kita rasa? sunyilah jawapan dia. Rasa bosan, tak rasa seronok nak belajar. Cuba bila ramai kawan -kawan kita memberi respon yang baik untuk setiap kelas, selalu bertanya selalu ikut perintah cikgu, selalu bertanya dengan kawan-kawan lain tentang kerja sekolah yang di beri, selalu bincang tentang perkara yang kita tak faham, mesti terasa seronoknya keadaan tu. Serupa juga dengan hubungan, kita perlukan komunikasi untuk cipta satu suasana. Tanpa komunikasi jangan di angan satu keajaiban indah akan berlaku dalam kehidupan berpasangan.


4. Selalu bersama
Hari-hari makan dengan kawan, balik rumah kita tidur, tengok tv, online facebook, buat kerja baki-baki dari pejabat tak siap. Tiada masa nak meluangkan masa bersama dengan Cuba kita bahagikan masa untuk pasangan juga, dia juga yang menjadi pedoman kita, motivasi kita,pasangan. tempat meluah perasaan kita di kala menuju kejatuhan. Dengan luangkan walau sedikit masa dengan dia, pasti dia akan terasa dihargai juga atau mungkin dia dapat rasa yang sebenarnya dia tu wujud dalam kamus kehidupan kita.


5. Bila berduka, belajar untuk maafkan dan lupakan
Memang, dalam bab memaafkan kita memang payah untuk buat. Nabel sendiri menyokong dekat sesiapa yang kata nak bebel memang senang, cuba buat tengok. Confirm susah ! Tapi maksud nabel dekat sini, kita kena cuba biarlah ia sepahit mana pun perkara itu, kita kena tempuhi. Bayangkan macam ni lah, katakan kita jarang sekali basuh pinggan bila habis makan, selalu kita biarkan dekat mak kita untuk basuh. Cuba satu hari nanti, bila habis makan terus angkat pinggan dan basuh sendiri. Tak perlu fikir bosan, payah, jijiknya basuh pinggan tu. Dalam masa beberapa minit, akan selesai masalah yang kita fikir tu dan semuanya terus selesai. Boleh aplikasi untuk masalah memaafkan orang? cubalah. ;)


6. Jangan bercakap tentang putus hubungan
"Kalau satu hari tiba-tiba kita break macam mana, kita akan berkawan tak?" Pernah tak sekali bila korang berhubungan dengan pasangan yang korang sukakan, tertanya akan soalan nabel bagi tadi? Kalau pernah, lepas ni jangan tanya. Benda tu boleh bawa kepada fikiran negatif yang mungkin akan berlarutan sehingga bertahun-tahun. Kenapa? Sebab apa tanya soalan macam tu? Jangan sebut 'saja', itu jawapan klise. Cakap je yang sebenarnya kita terfikir nak putus hubungan. Kan senang berterus-terang. Cuba, jangan sesekali bercakap tentang putus hubungan kerana sekali kita berfikir sesuatu yang negatif perkara itu akan membawa kita terus kepada negatif. Kenapa? pernah belajar math kan? tengok equation ni lah sebagai contoh.




+ dengan + sama dengan +
- dengan + sama dengan -
- dengan - sama dengan -
- dengan - sama dengan +


 Contoh jika bahagian 1st tu sebagai fikiran dan 2nd tu sebagai hubungan, bila fikiran kita negatif tapi sebenarnya ketika itu hubungan kita positif hasilnya ia tetap akan membawa kepada negatif. Kenapa? sebab nabel dah cakap tadi, kenapa perlu cakap benda tu? Lain pula kalau kata, fikiran kita negatif, tapi hubungan pula negatif, tetap juga negatif hasilnya. Tapi kalau kedua-duanya negatif, jangan pula korang main buat dua-dua negatif tanpa sebarang tindakan untuk mempositifkannya. Mungkin bila fikiran kita negatif, tambah pula hubungan yang negatif membawakan kita untuk bawa berbincang dengan pasangan. Bawa bincang tu maknanya apa? positif lah kan? ;)


7. Jangan cakap 'semuanya baik' walaupun sebenarnya ianya tidak
"awak okay?" * "okay" Padahal dalam hati, hanya Allah yang tahu api kemarahan membara mengalahkan sang matahari membakar badannya sendiri. #amboi ayat. Memang kita selalu nak menjaga hati si dia walaupun dalam hati kita sebenarnya ada benda kita tak suka dengan dia. Buang sifat itu, kerana sifat itu sebenarnya yang membuatkan diri kita menjadi tidak menentu, sehingga sanggup menyalahkan orang lain. diri hanya kerana kita enggan memberitahu seseuatu yang kita tidak suka dengan dia atau suatu perkara yang dia telah melukakan kita. Hari ni cuba buang sifat tu, terus terang apa yang kamu ingin katakan, kerana setiap masalah ada penyelesaiannya.


8. Jika kamu minta maaf, biarkan ianya benar-benar
Betul lah kan? Kalau nak minta maaf, buatlah dengan ikhlas, dengan betul. Kalau boleh, cubalah minta maaf secara berdepan sehingga mendapat respon daripada si dia. Kalau dia tak mahu memaafkan, cubalah cara lain supaya dia berasa tenang hati macam tinggalkan sekeping nota mengatakan yang kita memohon maaf dengan ikhlas atau sebagainya.


9. Jangan bercakap tentang bekas kekasih. 
"awak kenal tak yang si Nabel tu, ala ex I yang handsome dulu tu. . . " Ini kalau pasangan sorang lagi dengar, confirm berapi je seluruh badan dia,  bukan setakat telinga je, hati, tangan, kepala, badan, kaki, rasa semua benda ringan je. haha Okay, cubalah jangan buat cam ni, baik lelaki atau perempuan sama saja.

10. Jangan bezakan kehidupan yang lalu dan sekarang


11. Ambil perhatian tentang perasaan si dia
Setiap orang memang normal perasaan atau senang nak faham orang kata feeling manusia ni. Kadang-kadang dengan top punya level, kadang rasa muram, kadang tak okay. So masing-masing berilah kerja sama, kalau ada yang mood dia tak ada, cubalah kembalikan mood dia kepada yang baik.


12. Bila bergaduh, jgn biarkan hari itu berlalu tanpa menjadikan ianya kembali pulih (hubungan)
Faham tak? Bila kita gaduh, tak kesah la pasal apa pergaduhan tu. Tapi kena pastikan, jangan biarkan ia berlarutan tanpa sebarang penyelesaian. Pastikan semuanya selesai dengan cepat. Katakan hari ni kita gaduh, lepas tu kita terus tidur, malas nak layan. Pastinya perkara itu akan berlarutan panjang, sampai ke esok, lusa, minggu depan. Nanti lama-lama stress. Aiyoyo!!


13. Jangan cuba menjadi seorang yang sempurna, cubalah menjadi yang terbaik
"Aku nak beli BMW, supaya dia bangga dengan aku" Cuba berfikir secara matang untuk kebaikan bersama, "kalau aku dapat membeli sebuah kereta memudahkan kita bergerak ke mana sahaja, kalau aku membeli sebuah rumah yang luas sedikit pasti memberi keselesaan tambahan pula anak makin ramai, esok kena beli katil besar pasal badan dia makin besar" ;p



# pa..meh sini baca skali ;)

::. Kisah 1 - Tema Nikah .::


❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀
 Tema Akad Nikah
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀


Kami dah mula ber "diskusi" sesami kami..slow2 bincang preparation utk majlis kami thn depan..rasa cam cepat jer masa berjalan..cam 7 bulan tuh pun tak cukup..hehe! uuiissshh! nak kena tunda lagi ke? ok!! planning sumer nie sebaik mungkin..InsyaAllah sumer dipermudahkan oleh-Nya..

So utn bab tema akad nikah kami nanti, mama ngan my lover setuju utk amik kaler cream..lebut jer kan? sweet!! so papa, get ready for your baju melayu ok ;) nanti kita search klu2 ader design utk sulam kat baju papa nanti..mama beruntung sebab ibu memang sorg tukang jahit..so safe bajet kat situ..

"nanti along belanja kain utk majlis along eyh ma? syg ma!"

then ini antara yg mama survey sikit2 dalam Google..nak cari yg simple tapi puas ati..then utk mama, ma kata sesuai wat kebaya pendek..senang nak gerak a.k.a nak duk simpuh nanti :)

"ermmm..ma, klu time nikah nanti nak duk BERSILA bleh tak? haha!"

# klu payah sgt, wat baju kurung biasa sudah..pastu amik tampal manik..senang ! :)

::. Oktober Datang Lagi : Part II .::



Ini sambungan dr citer yg seseblm nie..klik jer kat sini ok? :) aaiisshh..td dah elok mama tdo..terjaga pasal haus..pas minum langsung mata mama tak bleh nak pejam lagi..kul brape mama nak continue tido nie..then agak nyer papa dah sampai langit ke brape eyh? mimpi punyer pasal..haha! Alang2 mama tak leh nak lelap mata, mama on lappy mama, then sambung citer ari tuh..


Klu korang nak tahu, 6 October, mama wat surprise kat papa..mama booking utk "candle light dinner" ngan papa kat MS Garden Hotel..1st time dlm idup mama aderkan surprise camni..& mama bleh nampak "reaksi" papa ngan kejutan nie..papa terdiam..sebak pun mama nampak.."sorry pa, ini jer yg mama mampu wat utk papa..harap papa suka! :) "

Harga pakej yg dorg served kat kami (RM120+ mmg berbaloi..dgn murah & makanan nyer mmg marvelous! superb! antara menu dorg yg kami mkn, Chilled BBQ Chicken, Cream of Mushroom Soup, Grilled Chicken Breast/ Sirloin Steak & Chocolate Cheese Cake..peerrgghh! mmg full tank kami malam tuh..hehe! nanti mama upload sikit2 pic sempat mama snap :) 


# papa pun romantik jgk kan malam tuh? ala2 ayu camtu :p

::. Oktober Datang Lagi : Part I .::


Tanpa kita sedar, kita dah hampir ngan penghujung tahun 2012..kejap jer kan masa berlalu..?? aper yg dah kita dapat utk 2012 nie? dah tercapai ke AZAM kita di tahun 2012 nie? atau perlu di "carry forward" utk thn depan? hehehe! klu camtu, payah jgk kan nak tercapai impian klu asyik guna ayat "takpe lah, thn depan bleh buat.." tuh pun klu kita dipanjangkan umur..klu sebalik nyer? Wallahualam..
Haha..!! kan mama dah melalut pepagi camni..sumer nie sebab papa r =) hehe! tak pasal² papa yg kena..syg papa! bukan aper pun, pada mama bulan oktober nie antara bulan yg byk bg sweet moment lah utk mama..antara nyer, mama lahir bulan nie..wahhhh!! bleh tuntut present nie ngan papa..kan pa? ;) then yang lain² tuh mama akan story dalam part II..haha! main ader part² nie yg besh nie..so tunggu...

::. Solat Sunat Selepas Akad Nikah .::

Ari nie ari terakhir utk bulan September..kejap nyer masa berlalu..aaiisshh! mcm² dah start pikir nie..so utk post terakhir bulan nie mama cam nak kongsi serba sikit pasal topik kat atas tuh..lgpun bab nie baru jer kami bincang tadi pas abis waktu keja..sememang nyer mama ader niat nak minta papa wat camtu..tapi sempat papa yg luahkan dulu hasrat ati nyer..
"papa..mmg kita sehati sejiwa lah..syg pa! ;) " Jadi mama ader baca artikel pasal hal nie..& bleh lah kita kongsi serba sikit..mana tau ader yg nak wat camni biler tiba ari bahagia masing²..InsyaAllah..sumber nie mama amik dr Harian Metro & juga dari website ini.. 

# pa..bolehkan?? :)

::. Ambil Tahu .::


Ari nie mama duk belek² satu website nie..info pasal nikah & perkahwinan..walaupun klu di kira majlis kami lambat lg..(8 bulan tuh lambat lg ke??) fening²!! :) website nie juz citerkan serba sikit tentang aper yg perlu bakal pengantin tuh kena wat sebelum mereka dinikahkan..biler skali tgk, "alamak!! banyak jgk yg kena buat..ader masa ke? ngan keja lg..ngan preparation lg.." uuisshh, klu buat last minute mau nyer tunggang langgang..so ngan ader checklist yg ringkas tuh (ermm..ringkas ke pa??..hehe!), InsyaAllah dipermudahkan sumer..

Jadi mama plan utk amik kursus pra-perkahwinan dlm bulan 11 @ 12 nie..skang nie tengah duk discuss ngan papa..maklumlah papa nie "org penting" tempat kami keja..dia pulak tak boleh senang² nak amik cuti..kena plan awal² klu nak "rest"..aiisshh! sabor jer lh mama nie..hehe! so papa, cepat decide nak g kursus kawen biler..& mana² yg satu tempat ngan mama, bleh lah baca serba sikit info nie..sekadar kongsi² maklumat utk sumer..klik sini tau :)

# papa..time kursus kawen nanti jgn pulak sampai "berdengkur"..hehe!

::. Checklist .::


Rasa nyer, kami dah mula masuk ke fasa yang berikut nyer..fasa utk jadikan hubungan kami makin utuh..aper tuh?? *wink! InsyaAllah, klu xde aral melintang, mama ngan papa planning utk lngsungkan majlis kawen tahun depan..dalam bulan Jun..doa² kan semoga sumer tuh akan berjalan lancar seperti yg dirancangkan..klu tgk lah kan, cam lambat lg kan? lebih krg ader 8 bulan..tapi utk yg bekerja cam kami nie, masa yang terluang akan digunakan utk discuss..
So mama dah start wat checklist nyer sikit²..yer lah, bukan bleh ingat sumer mende tuh..karang ader yg time majis nyer sangkut, ini tak cukup, itu tak sedia..so da best thing is sediakan checklist nyer..& papa memang nampak cam 'excited' pasal byk mende kena prepare..takpe pa, slow² kita discuss, survey & kita decide yer..InsyaAllah, moga sumer tuh akan dipermudahkan oleh-Nya..amin..

# nanti mama post ckit² entry ttg persediaan kami utk ari bahagia kami ;)

::. Ikhlas dari Hati .::


Time tgh² malam semalam, mama tak tahu lah cane bleh meluah aper yg tersirat jauh di hati mama..utk insan tersayang..& biler papa baca luahan mama tuh, rupa nyer mama dah wat airmata papa mengalir..maafkan mama yer pa..tapi nie ikhlas dari mama :(

Padamu Ya Allah...

Tukarkan segala kepahitan menjadi kemanisan,
Tukarkan kesakitan menjadi ketenangan,
Tukarkan keperitan kpd kebaikan,
Tukarkan juga kekeruhan menjadi kesenangan,
Tukarkan segala kelemahan menjadi kekuatan,
Tukarkan kesedihan menjadi kebahagiaan,
Sepanjang aku bersama kekasih yg aku kasihi,
Tetapkan hati aku utk menemaninya kala susah & senang,
Jadikan aku sbg sahabat yg mengerti dirinya,
Jadikan aku kekasih yg menyayanginya,
Jadikan aku isteri utk menjaganya,
Jadikan aku ibu kpd zuriatnya,
Jadikan aku sbg teman hidupnya..sehingga hembusan nafasku yg terakhir..
Amin..

# sayang nyer mama pd papa, hanya Tuhan yg tau..

::. NOAH - Separuh Aku .::



Dan terjadi lagi kisah lama yang terulang kembali
Kau terluka lagi dari cinta rumit yang kau jalani
Aku ingin kau merasa kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau sadari cintamu bukanlah dia


Dengar laraku, suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu


Ku ada di sini, pahamilah kau tak pernah sendiri
Karena aku selalu di dekatmu saat engkau terjatuh
Aku ingin kau merasa kamu mengerti aku mengerti kamu
Aku ingin kau pahami cintamu bukanlah dia


Dengar laraku, suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku dirimu


Dengar laraku, suara hati ini memanggil namamu
Karena separuh aku, menyentuh laramu
Semua lukamu telah menjadi milikku
Karena separuh aku dirimu


# sayang papa!!

::. Syukur pada-Mu .::

Tadi papa ader dapat call dr doc panel kami pasal result test darah..sebab 2 ari sebelum tuh, papa ader ke klinik..tetiba pening kepala kata nyer..mama risau klu² tekanan darah dia naik..sbb tau stress keja nyer..then papa ader cakap pasal sakit dia yg sebelum nie..pasal Thyroid..  

Mama dah mula susah ati..yer lah, klu papa kena warded, mama kompem mcm "kucing hilang anak"..so biler papa jumpa doc & amik darah, mama tak putus² doa..moga papa sihat & takde pape sakit yg bahaya..& keputusan nyer, Alhamdulillah, papa ok..syukur!

Mama seboleh nyer tak mau tgk papa sakit..sbb papa nie jenis payah nak dpt sakit..klu demam pun jarang jugak kena..tp biler sekali demam, mau amik masa nak kebah..pulak jenis papa yg makan ubat ikut suka dia jer rasa nyer..depan mama mmg cakap makan ubat, tp blakang?? * jawab lh pa..haha! 

Tapi sumer tuh bukan keja kita..klu smpi masa ditakdirkan sakit, maka sakit lah kita..kan?? macam mama sendiri, bln March thn nie jadi pengalaman mama kena warded..pas begitu lama x "check in" kat wad..skali amik seminggu lepak² sana..complete ngan operate lg..haha! tobat tak mau dah..bosan!!

# papa kena sihat tau..sebab papa "kekuatan" mama! :(

::. Alahai Dia Dah Mai .::

Aper tuh? aper yg dah mai?? jeng! jeng! jeng! actually takde pape pun, cuma nak bgtau org kampung yg mama rindu kat org tuhhhh! hehe! da only one in my heart..rindu sgt² ngan dia..padahal ari² da jumpa kat tempat keja..pastu sambung pas abis keja pulak..tapi nak wat cane kan? takkan nak buang kat laut RINDU tuh.. ;)

Papa..dengar tak nie..mama rindu!! agak² papa cane eyh?? skali dia balik keja, terus tido..dah luper terus org yg sentiasa ingat kat dia..huk! huk! sedeyyyyy.. 

# klu awak luper mama, besok kat opis makan lah sorang²! :p

::. Alhamdulillah .::

Sedar @ tak, skang dah masuk minggu ke 2 kita menyambut hari raya..mesti masih lagi ader yg buat rumah terbuka..raya sana..raya sini..kuar duit raya..makan..minum..makan..makan..& terus makan..kan? sampai saiz on spot bertukar..cam mama! haha! tahun nie mama beraya di kampung mama lah ngan family kat pantai timur..manakala papa pulang ke kampung nyer nun jauh kat belah utara naaaaa..Insyaallah, tahun depan mama akan follow papa pulang ke sana sebagai suami isteri..doa² kan yer sumer..Amin...Tapi yg tak best nyer, ari raya pertama mama demam panas..nie gara² teringatkan org jauh kat sana..huhu! padahal jauh seminggu jer, langsung demam..raya ke 3 baru mama ok sikit & dah bleh jalan raya ngan family..klu tak, duk baring jer lah kat katil tuh..

Sepanjang raya nie, selain tunggu papa balik jumpa mama, ader satu lagi yg mama duk tunggu..aper eyh?? :) tarraaaaa!!! mama tunggu papa datang ke rumah mama utk jumpa ma abah..selain sempena raya, papa juga dtg utk minta izin ngan org tua mama, utk lebih serius dlm hubungan ini..dlm kata lain utk menyampaikan hasrat nyer utk amik mama sbg isteri dia..mama cukup berdebar..ye lah kan, mana tau tetiba "ditolak" hasrat papa nie..

Tapi kerna perkara elok, takkan lain jadi nyer....Alhamdulillah..keikhlasan papa berjumpa ma abah cukup berbaloi..kami dapat restu family yg sememang nyer cukup penting dlm meneruskan hubungan nie..takkan nak bina masa depan tanpa restu family kan? so skang, baik mama mahu pun papa, mohon dari-Nya, agar hubungan kami kekal ke jinjang pelamin & seterus nyer ke akhir hayat kami..Insyaallah..takde aper lg yg gembirakan mama di bulan mulia nie selain aper yg kami harapkan dah kami dapat..mekasih pd family yg cukup memahami kami :)

# kita tunggu belah papa pulak nanti cane..kan pa? harap² baik belaka..Amin ~~