::. Kisah 3 - Bincang Tarikh Majlis .::


❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀
 Save The Date
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀


Ermmmm..dah abis sumer kalendar kami belek..tgk cuti umum..tgk cuti skolah..tilik bulan tuh sesuai @ tak..yer lah kan, kita sekadar merancang..selebih nyer, kita serahkan pada-Nya..kebetulan pulak kami nnie keja satu tempat, satu department..so kena set tarikh btul2 utk cuti panjang nanti..huuurraayy! *elok lh tuh!


Jangan luper 8 June 2013 tau! ;)

Pas siap bincang sesama family, kami setuju utk langsungkan majlis pd 8 June 2013 (cepat! save the date..haha!) memandangkan time tuh cuti sekolah pun dah nak abis, harap jiran2 ader yg bleh datang tlg..lgpun ma abah dah setuju utk masak sendiri..no need catering2 ok! :)

Till today, kami ader lg 7 bulan 4 hari utk sampai hari bahagia kami..Insyaallah..aper?? rasa berdebar?? 

"mau kasi tau lu olang r, ini jantung sudah hampir jatuh wooo! takuuuttttt!" 

# papa?? sure rilek & steady jer kan =)

::. Segmen: Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas .::


Hye..kami ader join satu segmen kat blog yg dikendalikan oleh saudara Shawal nie..sesuai utk kami yg baru blaja pasal blog nie :)




Jumlah follower Tentang Kita : 56  


Meh pakat join segmen nie sampai puas! 

Tarikh tutup tak buka2 : 30 November 2012 

::. Kisah 2 - Tempat Untuk Majlis .::


❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀
 Tempat Nikah & Sanding
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀

Assalamualaikum & selamat pagi..awal nyer mama ber'blog'? hehe!! bangun agak awal sebab tak leh nak tido lena..semalam duk tunggu sms dari papa yang keluar utk 'hobi' dia..aper kah itu? hhuurrmmm..nanti kita minta tuan empunya badan citer sendiri..bleh kan pa? 


Balik pada tajuk yg mama nak story serba sikit nie, pasal pemilihan tempat nikah & sanding..kami berdua & family dah berbincang utk wat majlis akad nikah di masjid (lebih keberkatan) dan majlis sanding kami lg prefer utk wat kat my home sweet home (lg feeL majlis tuh terasa..kan?) lgpun ma abah sanggup utk masak sendiri time majlis puteri sulung dia yg satu nie..hehe!


Cuma mama risau, klu masa nikah tuh, mama tgh "datang bulan" (biasalah kan, hal normal utk kami yg bergelar kaum Hawa nie), kompem mama tak leh masuk dalam masjid..(klik sini utk sekadar tambah pengetahuan) jd cam 'kurang' lah sikit feeL tuh..biler camni terpikir nak wat kat umah jer..haddooii! camno nie


# pa..kena wat plan A ngan plan B nie ;)

::. 13 Cara Untuk Kekalkan Hubungan .::

Rasa ari nie cam nak kongsi artikel yg mama baca dr 1 blog nie..juz sajer² tambah input utk improve our relationship..nak idup bersama nie bukan senang..klu tak gaduh, merajuk tuh mmg tak sah..kan pa? tapi itu sumer pengikat dlm hubungan..utk lebih kenali antara kami..jom kita tilik aper yg mama ambil dr website nie..aper pun mama kasi credit to NakBebeL atas artikel ini :)


1. Sentiasa sayang menyayangi
Memang satu fitrah manusia perlukan kasih sayang dalam kehidupan. Kalau tak ada kesayangan pun, cukuplah yang satu orang tuh tahu yang ada orang masih ambil kisah dengan kita atau senang kata benda yang bagi kita tak bermakna sebenarnya mampu memberi motivasi untuk pasangan kita tu. Percayalah dia sangat memerlukannya


2. Jangan tipu
Siapa yang suka di tipu? Kalau kita dalam hubungan yang baik, tiba-tiba hubungan tu hanyalah palsu. Pastinya terasa seperti buang masa mencipta satu hubungan yang angan-angan taik kambing. Jadi pastikan dalam hubungan jangan cipta satu pembohongan. Sekali kita mencipta satu pembohongan percayalah akan muncul tipu-tipu yang lain.


3. Sentiasa timbulkan suasana yang menarik ataupun sentiasa berkomunikasi
Dalam kelas bila sunyi apa kita rasa? sunyilah jawapan dia. Rasa bosan, tak rasa seronok nak belajar. Cuba bila ramai kawan -kawan kita memberi respon yang baik untuk setiap kelas, selalu bertanya selalu ikut perintah cikgu, selalu bertanya dengan kawan-kawan lain tentang kerja sekolah yang di beri, selalu bincang tentang perkara yang kita tak faham, mesti terasa seronoknya keadaan tu. Serupa juga dengan hubungan, kita perlukan komunikasi untuk cipta satu suasana. Tanpa komunikasi jangan di angan satu keajaiban indah akan berlaku dalam kehidupan berpasangan.


4. Selalu bersama
Hari-hari makan dengan kawan, balik rumah kita tidur, tengok tv, online facebook, buat kerja baki-baki dari pejabat tak siap. Tiada masa nak meluangkan masa bersama dengan Cuba kita bahagikan masa untuk pasangan juga, dia juga yang menjadi pedoman kita, motivasi kita,pasangan. tempat meluah perasaan kita di kala menuju kejatuhan. Dengan luangkan walau sedikit masa dengan dia, pasti dia akan terasa dihargai juga atau mungkin dia dapat rasa yang sebenarnya dia tu wujud dalam kamus kehidupan kita.


5. Bila berduka, belajar untuk maafkan dan lupakan
Memang, dalam bab memaafkan kita memang payah untuk buat. Nabel sendiri menyokong dekat sesiapa yang kata nak bebel memang senang, cuba buat tengok. Confirm susah ! Tapi maksud nabel dekat sini, kita kena cuba biarlah ia sepahit mana pun perkara itu, kita kena tempuhi. Bayangkan macam ni lah, katakan kita jarang sekali basuh pinggan bila habis makan, selalu kita biarkan dekat mak kita untuk basuh. Cuba satu hari nanti, bila habis makan terus angkat pinggan dan basuh sendiri. Tak perlu fikir bosan, payah, jijiknya basuh pinggan tu. Dalam masa beberapa minit, akan selesai masalah yang kita fikir tu dan semuanya terus selesai. Boleh aplikasi untuk masalah memaafkan orang? cubalah. ;)


6. Jangan bercakap tentang putus hubungan
"Kalau satu hari tiba-tiba kita break macam mana, kita akan berkawan tak?" Pernah tak sekali bila korang berhubungan dengan pasangan yang korang sukakan, tertanya akan soalan nabel bagi tadi? Kalau pernah, lepas ni jangan tanya. Benda tu boleh bawa kepada fikiran negatif yang mungkin akan berlarutan sehingga bertahun-tahun. Kenapa? Sebab apa tanya soalan macam tu? Jangan sebut 'saja', itu jawapan klise. Cakap je yang sebenarnya kita terfikir nak putus hubungan. Kan senang berterus-terang. Cuba, jangan sesekali bercakap tentang putus hubungan kerana sekali kita berfikir sesuatu yang negatif perkara itu akan membawa kita terus kepada negatif. Kenapa? pernah belajar math kan? tengok equation ni lah sebagai contoh.




+ dengan + sama dengan +
- dengan + sama dengan -
- dengan - sama dengan -
- dengan - sama dengan +


 Contoh jika bahagian 1st tu sebagai fikiran dan 2nd tu sebagai hubungan, bila fikiran kita negatif tapi sebenarnya ketika itu hubungan kita positif hasilnya ia tetap akan membawa kepada negatif. Kenapa? sebab nabel dah cakap tadi, kenapa perlu cakap benda tu? Lain pula kalau kata, fikiran kita negatif, tapi hubungan pula negatif, tetap juga negatif hasilnya. Tapi kalau kedua-duanya negatif, jangan pula korang main buat dua-dua negatif tanpa sebarang tindakan untuk mempositifkannya. Mungkin bila fikiran kita negatif, tambah pula hubungan yang negatif membawakan kita untuk bawa berbincang dengan pasangan. Bawa bincang tu maknanya apa? positif lah kan? ;)


7. Jangan cakap 'semuanya baik' walaupun sebenarnya ianya tidak
"awak okay?" * "okay" Padahal dalam hati, hanya Allah yang tahu api kemarahan membara mengalahkan sang matahari membakar badannya sendiri. #amboi ayat. Memang kita selalu nak menjaga hati si dia walaupun dalam hati kita sebenarnya ada benda kita tak suka dengan dia. Buang sifat itu, kerana sifat itu sebenarnya yang membuatkan diri kita menjadi tidak menentu, sehingga sanggup menyalahkan orang lain. diri hanya kerana kita enggan memberitahu seseuatu yang kita tidak suka dengan dia atau suatu perkara yang dia telah melukakan kita. Hari ni cuba buang sifat tu, terus terang apa yang kamu ingin katakan, kerana setiap masalah ada penyelesaiannya.


8. Jika kamu minta maaf, biarkan ianya benar-benar
Betul lah kan? Kalau nak minta maaf, buatlah dengan ikhlas, dengan betul. Kalau boleh, cubalah minta maaf secara berdepan sehingga mendapat respon daripada si dia. Kalau dia tak mahu memaafkan, cubalah cara lain supaya dia berasa tenang hati macam tinggalkan sekeping nota mengatakan yang kita memohon maaf dengan ikhlas atau sebagainya.


9. Jangan bercakap tentang bekas kekasih. 
"awak kenal tak yang si Nabel tu, ala ex I yang handsome dulu tu. . . " Ini kalau pasangan sorang lagi dengar, confirm berapi je seluruh badan dia,  bukan setakat telinga je, hati, tangan, kepala, badan, kaki, rasa semua benda ringan je. haha Okay, cubalah jangan buat cam ni, baik lelaki atau perempuan sama saja.

10. Jangan bezakan kehidupan yang lalu dan sekarang


11. Ambil perhatian tentang perasaan si dia
Setiap orang memang normal perasaan atau senang nak faham orang kata feeling manusia ni. Kadang-kadang dengan top punya level, kadang rasa muram, kadang tak okay. So masing-masing berilah kerja sama, kalau ada yang mood dia tak ada, cubalah kembalikan mood dia kepada yang baik.


12. Bila bergaduh, jgn biarkan hari itu berlalu tanpa menjadikan ianya kembali pulih (hubungan)
Faham tak? Bila kita gaduh, tak kesah la pasal apa pergaduhan tu. Tapi kena pastikan, jangan biarkan ia berlarutan tanpa sebarang penyelesaian. Pastikan semuanya selesai dengan cepat. Katakan hari ni kita gaduh, lepas tu kita terus tidur, malas nak layan. Pastinya perkara itu akan berlarutan panjang, sampai ke esok, lusa, minggu depan. Nanti lama-lama stress. Aiyoyo!!


13. Jangan cuba menjadi seorang yang sempurna, cubalah menjadi yang terbaik
"Aku nak beli BMW, supaya dia bangga dengan aku" Cuba berfikir secara matang untuk kebaikan bersama, "kalau aku dapat membeli sebuah kereta memudahkan kita bergerak ke mana sahaja, kalau aku membeli sebuah rumah yang luas sedikit pasti memberi keselesaan tambahan pula anak makin ramai, esok kena beli katil besar pasal badan dia makin besar" ;p



# pa..meh sini baca skali ;)

::. Kisah 1 - Tema Nikah .::


❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀
 Tema Akad Nikah
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀


Kami dah mula ber "diskusi" sesami kami..slow2 bincang preparation utk majlis kami thn depan..rasa cam cepat jer masa berjalan..cam 7 bulan tuh pun tak cukup..hehe! uuiissshh! nak kena tunda lagi ke? ok!! planning sumer nie sebaik mungkin..InsyaAllah sumer dipermudahkan oleh-Nya..

So utn bab tema akad nikah kami nanti, mama ngan my lover setuju utk amik kaler cream..lebut jer kan? sweet!! so papa, get ready for your baju melayu ok ;) nanti kita search klu2 ader design utk sulam kat baju papa nanti..mama beruntung sebab ibu memang sorg tukang jahit..so safe bajet kat situ..

"nanti along belanja kain utk majlis along eyh ma? syg ma!"

then ini antara yg mama survey sikit2 dalam Google..nak cari yg simple tapi puas ati..then utk mama, ma kata sesuai wat kebaya pendek..senang nak gerak a.k.a nak duk simpuh nanti :)

"ermmm..ma, klu time nikah nanti nak duk BERSILA bleh tak? haha!"

# klu payah sgt, wat baju kurung biasa sudah..pastu amik tampal manik..senang ! :)

::. Oktober Datang Lagi : Part II .::



Ini sambungan dr citer yg seseblm nie..klik jer kat sini ok? :) aaiisshh..td dah elok mama tdo..terjaga pasal haus..pas minum langsung mata mama tak bleh nak pejam lagi..kul brape mama nak continue tido nie..then agak nyer papa dah sampai langit ke brape eyh? mimpi punyer pasal..haha! Alang2 mama tak leh nak lelap mata, mama on lappy mama, then sambung citer ari tuh..


Klu korang nak tahu, 6 October, mama wat surprise kat papa..mama booking utk "candle light dinner" ngan papa kat MS Garden Hotel..1st time dlm idup mama aderkan surprise camni..& mama bleh nampak "reaksi" papa ngan kejutan nie..papa terdiam..sebak pun mama nampak.."sorry pa, ini jer yg mama mampu wat utk papa..harap papa suka! :) "

Harga pakej yg dorg served kat kami (RM120+ mmg berbaloi..dgn murah & makanan nyer mmg marvelous! superb! antara menu dorg yg kami mkn, Chilled BBQ Chicken, Cream of Mushroom Soup, Grilled Chicken Breast/ Sirloin Steak & Chocolate Cheese Cake..peerrgghh! mmg full tank kami malam tuh..hehe! nanti mama upload sikit2 pic sempat mama snap :) 


# papa pun romantik jgk kan malam tuh? ala2 ayu camtu :p

::. Oktober Datang Lagi : Part I .::


Tanpa kita sedar, kita dah hampir ngan penghujung tahun 2012..kejap jer kan masa berlalu..?? aper yg dah kita dapat utk 2012 nie? dah tercapai ke AZAM kita di tahun 2012 nie? atau perlu di "carry forward" utk thn depan? hehehe! klu camtu, payah jgk kan nak tercapai impian klu asyik guna ayat "takpe lah, thn depan bleh buat.." tuh pun klu kita dipanjangkan umur..klu sebalik nyer? Wallahualam..
Haha..!! kan mama dah melalut pepagi camni..sumer nie sebab papa r =) hehe! tak pasal² papa yg kena..syg papa! bukan aper pun, pada mama bulan oktober nie antara bulan yg byk bg sweet moment lah utk mama..antara nyer, mama lahir bulan nie..wahhhh!! bleh tuntut present nie ngan papa..kan pa? ;) then yang lain² tuh mama akan story dalam part II..haha! main ader part² nie yg besh nie..so tunggu...