Bahagia Kami

::. Kisah 6 - Hantaran Waktu Nikah .::


❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀
 Cincin vs Gelang Tangan
❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀❀

Minggu lepas mama ngn buah ati kesayangan mama pegi shoping utk hantaran time nikah nanti..kira kami pegi beli utk part upacara batal air sembahyang..so ngan tenang kami ke satu kedai, ke kedai lain..utk mama memang mudah jer nak cari..tp utk papa tuh yg payah sikit..almaklum sajer lah, utk lelaki nie tak leh senang2 jer beli..ader yg diharamkan utk lelaki pakai..contoh nyer EMAS..lelaki diHARAMkan memakai nyer..so, jgn gatai2 pi cari cincin emas utk kaum2 lelaki yer! :)

hasil dari website Google
Ikut pada pendapat ulama yang mama baca blog mereka, emas & suasa adalah haram bg lelaki..jadi biler dah haram, pegi lah cari lain..so ini yg mama dapat lepas baca blog tuh..

JAWAPAN DARI JAKIM

Soalan : Assalamualaikum WBTH.
Tuan Panel, saya ingin mengetahui apakah hukumnya lelaki memakai cincin suasa yang bertatahkan berlian. Saya bercadang membelinya untuk perkahwinan saya. Saya keliru sebab ada yang mengatakan boleh dan tidak kurang juga mengatakan haram. Jika ianya haram apakah alternatifnya. Mohon penjelasan para panel yang budiman. Sekian, terima kasih..

Jawapan :
Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.

Nota:1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

2. JAWAPAN DARI UST. AZHAR IDRUS(ustazazhar.com)

SOALAN:
Assalamualaikum.. Apa hukum org lelaki memakai cincin suasa? Ada pendapat mengatakan haram. minta penjelasan dari ustaz.

JAWAPAN:
Waalaikumussalam.. Apa yang saya ketahui hukum memakai cincin suasa bagi orang lelaki adalah haram kerana ia diperbuat daripada emas yang bercampur dengan logam lain. Samalah seperti haramnya lelaki memakai emas putih seklipun emas putih itu bukan 100% diperbuat daripada emas.

Kata Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim yg bermaksud:"Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya samdaa emasnya sedikit atau banyak."

Syeikh Abd Qadir Al-Mandili menyebut dalam fatwanya :"Dan adalah suasa itu haramlah bagi kaum lelaki memakainya."

Rujukan:
Kitab Fatwa Syeikh Abd Qadir , Fatawa Mufti Negeri Johor dan Pelita Penuntut.


so mencari lah kami..yg ader jumpa cincin perak ngan cincin platinum tuh banyaklah..hehe! klu bajet besar bleh lah beli platinum adik2 yer ;) dan akhir nyer kami jumpa cincin yg merupakan 'adik' pada platinum..nama nyer PALLADIUM..harga nyer bleh tahan..RAHSIA! :) rupa nyer pun cantik..

tapi pape hati2 tau..jgn sampai salah utk bezakan jenis cincin tuh..sebab klu beli kat kedai cina payah sikit lah..sbb dorang kdg tak tahu nak terangkan yg mana bleh pakai @ tak bleh pakai..biler dah settle cuci mata ngan cincin papa & gelang tangan mama, beransur lah kami balik umah :)

# tunggu waktu papa sarungkan gelang tangan time nikah nanti :)

7 comments:

  1. salam sis . tahniah cos akan melangkah ke alam berumahtangga . semoga bahagia hingga ke syurga Allah :) sis , u da ade photograher utk wedding u ? my bro is a photog . if u nk blh contact dia di http://www.facebook.com/aan.ann.35?ref=ts&fref=ts (aan)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam dear..mekasih atas doa tuh..amin~~ owh really? ok, nanti sis tgk yer fb abg tuh..thanx so much :)

      Delete
  2. http://eyrrazerra.blogspot.com/2013/04/segmen-cerita-saya-paling-ohsem-by.html

    Mari join segmen yang Eyrra buat ni... Jom menjadi pengarah filem dalam segmen Eyrra ni.. Buat entry yang ringkas n padat jalan ceritanya... Mari mari mencuba... siapa kah cerita yang paling ohsem antara-antara blogger yang join segmen Eyrra ni...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian ini... Cabaran berkahwin lani pun kuat jugak..

    Salam ukhwah

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... banyak ilmu yg ina dapat. mujur la masa tunang dulu full perak... i'allah wedding nanti pun full perak jugak... terima kasih di atas perkongsian sis.. :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih awak.

    Terima kasih Ustaz

    terima kasih sharing..

    ReplyDelete