::. Giliran Papa .::


Ermmm...kali ni giliran papa pulak yg nak conteng2 kat sini..Sebenarnya papa ni bukan seorang penulis yg baik..pasal nanti jadi lintang pukang...hahaha!!! itu memang diakui pun (walaupun budak sastera kan) 
Tapi ada satu bab yg papa tulis sikit masa² lalu..kalau tak salah papa bulan Mac 2012..masa tu mama warded kat KMC...errmm seminggu mama warded dan papa lah org pertama yg tau..papa juga org pertama (yg bukan family) yg sampai dulu ziarah mama...errmmm...bangga rasa jadi yg "pertama" ni..Jadi disini adalah petikan nukilan papa utk mama.....ikhlas utk permaisuri kesayangan dia....bacalah:-

TENTANG DIA
Mengenali dia pada waktu ini merupakan anugerah terindah yang pernah aku rasai seumur hidup ku. Segala tentang dirinya terasakan satu keindahan yang tak mungkin dapat aku lepaskan.

Pada satu ketika aku di anggap seperti budak jahat selepas satu kejadian yang aku sendiri tak menjangka ianya  akan berlaku. Namun sekarang aku berjaya buktikan kepadanya bahawa aku bukan lah seperti yang di sangka. Masih ada kebaikan dalam diri aku ini, masih ada kelembutan dalam hati ini. Dan sekarang hati ini telah dimiliki olehnya..setelah sekian lama memendam rasa. Seperti juga aku yang telah lama memendam perasaan. Memang ada satu yang istimewa tentang dia yang aku sendiri tak dapat nak huraikan…setiap kali aku memandangnya, jantung ku berdebar..setiap kali aku bertemu muka dengannya, jiwa ku bergelora. Itulah dia..seorang wanita yang berjaya menghuni hati ku kini. Setelah sekian lama diri ini terkunci akan hatinya.

Dia menjadi perhatian..dia menjadi tarikan..dia menjadi tumpuan mungkin kerana sifat semulajadinya yang tidak kisah untuk bergaul dengan sesiapa pun. Dia peramah, dia mesra, dia suka berbual dengan sesiapa saja bila kelapangan dan dia tidak memilih siapa kawannya…itulah dia.

Mengenali dia pada waktu ini memberikan aku satu semangat baru untuk meneruskan kehidupan diatas muka bumi Tuhan ini. Jujur aku akui dia adalah wanita yg pertama menjelmakan kembali(setelah hampir 15thn) segala perasaan yg ada pada ku sekarang ini. Entah kenapa bila aku bersama dengannya, aku terasa begitu tenang…bahagia…dan aku bisa untuk memberikan perhatian terhadap satu-satu perkara.

Bersama dengannya pada waktu ini memberikan aku peluang untuk aku membuktikan kepadanya bahawa aku benar-benar kasih padanya. Seikhlas dari hati ku ini segala perasaan yg ada terhadapnya adalah benar…kasih ku padanya adalah benar,rinduku padanya adalah benar…sayang ku padanya benar dan cintaku terhadapnya juga adalah benar. Hanya Tuhan yg Maha Mengetahui segala rahsia yg terkandung jauh dalam lubuk hati ku ini.

Setiap hari yg ku lalui bersama dengannya tidak terasa akan cepatnya masa berlalu. Tanpa jemu aku memandangnya setiap masa dan ketika. Tanpa jemu aku berbual dengannya…dan tanpa jemu aku menunggunya…Bersama dengannya adalah saat terindah dalam hidup ku.

 Andai dia dalam kemarahan – berilah dia ruang untuk dia sendiri meredakan kemarahannya, percayalah dia sendiri akan mengendurkan ketegangan yg di alami.
 Andai dia merajuk – dia suka dipujuk, percayalah dia akan kembali senyum andai dipujuk.
 Andai dia sedang sibuk – biarkan dia dengan kesibukkannya kerana itulah dia yg tidak menghiraukan apa yg di sekelilingnya.
 Andai dia bersedih – peluklah dia, belailah dia, kesat airmatanya, kucup dahinya kerana disitulah kemanjaannya.
 Andai dia dalam kebingungan – berilah perhatian kepadanya andai dia datang menceritakan apa yg dia sedang pikirkan(walaupun kita sedang sibuk)
 Andai kita dalam kemurungan – dia akan menceriakan kembali keadaan dan memberi sinar pada suasana yg tadi nya mendung.
 Andai kita perlukan pandangan – dia sentiasa memberikan nasihat yg terbaik untuk kita jadikan panduan.

Jagalah dia..hargailah dia…sayangilah dia…kasihkan dia…berikan perhatian kepadanya….kerana dia suka begitu dan percayalah dia amat menghargai setiap apa yg dibuat untuknya…Dan itulah apa sedang aku alami setelah aku bersama dengannya menyemai benih kasih bersama.

Kini…dia adalah permaisuri hidupku, bersemadi dalam istana hati ku. Aku pagari istana itu dengan rinduku…ku kunci instana itu dengan kunci kasih-sayangku dan anak kuncinya ku sematkan jauh kedalam hatiku bersama perasaan ku.

# kata mama..."papa, tolong print lain 'tentang dia'..yg ada kat mama tu dah lunyai la"...hehehehe :)